Division

 

Tuesday, October 14, 2014

Si Kalut (1)




     Cardigan yang tergantung di pintu almari dicapai, tudung disemat kemas berpinkan pin bentuk hati, stoking berwarna kuning disarung kemas ke kaki.
Berdiri menghadap cermin kecil sepenuh muka. Senyum.
Laci meja dibuka.
Duit yang dibiar bertabur diambil, warna hijau dipilih, masuk dalam poket seluar track.
Begitulah selalunya. Tanpa dompet.


     Roomate di sebelah katil fokus memerhati skrin laptop. Sesekali tangan dan badannya bergerak rancak. Bibirnya menyanyi-nyanyi kecil. Tekun benar melayani girang hatinya melihat kpop kesayangan. Ah. Biarlah. Tak usah diganggu.


Tombol pintu dibuka.

"Kau nak p mana?"

Toleh ke katil.

"Cafe."

"Untuk? Dengan?"

"Dunno. Alone. Ikut?"

"Taknaklah. Kalau ada makanan sedap belikan k. Heee."

"Ok, bye."

"Daaa. T.C."


Pintu ditutup.
Kaki laju menuruni anak tangga.
Langkah diteruskan menuju ke kafeteria.


Ramai. Tapi tak padat. Mungkin yang ada di kafe sekarang baru habis kelas.


Terkaku.
Berhenti di tepi tiang.
Tiba-tiba muka terasa panas.
Malu dikelilingi manusia yang ramai.
Kesal sedikit sebab tak paksa roomate temankan.
Tapi, alang-alang sudah sampai, langkah diteruskan tanpa arah.
Bawa diri.


Sedar seperti ada mata yang memerhati.
Pergerakan menjadi kalut.
Kepala dipusing ke arah si pemerhati.
Gulppp. Telan liur. Nafas ditarik. Dihembus laju.
Mata tak berkelip.
Kalut.
Si jantung hati tajam merenung dari kejauhan 5 meter persegi. Eh. Entahlah berapa meter.

Pangg!! Pinggan jatuh.
Kelam-kabut. Tudung ada sambal sotong. Stoking ada nasi berkuah kari. Hujung lengan cardigan tersangkut sayur kangkung.
Eksiden tanpa diduga.

"Mata kau letak mana? Bodoh!"

"Sorry, sorry. Macam mana ni?" Kalut.

"Kau tahu tak aku lapar tahap gaban sekarang?! Aku telan kau nak?!"

"Sorry awak saya tak sengaja."

Kedengaran ketawa dan suara sumbang seisi kafe.

Si jantung hati senyap tak berkutik.

"Awak, makanan..awak.." Tergagap-gagap.

"Takpalah. Meh sini ikut aku. Aku denda kau." Tarik tudung.

"Erkk oii nanti tanggal tudung saya!"


Menuju ke sinki.


"Bersihkan apa yg patut. Lepas tu teman aku makan." Pandang arah lain. Ada getaran yang cuba disembunyikan.

"K." Akur kerana takut. Kalut.

"Cepat sikit. Kita p ambik makanan." Jalan laju ke depan.

"Ok ok." Mengejar sambil tunduk malu menjadi perhatian keliling.

Si jantung hati hanya perhati setiap gerak-geri. Rasa nak tarik saja tangan si stokin kuning tu. Tapi tahu batas lagi. Lagipun siapa dia untuk berbuat demikian? Kekasih? Abang? Ayah? Semua bukan. Jadi duduk diam saja makan hati.

"Kau makanlah apa yang kau nak makan. Aku belanja."

"Pulak?Bukan sayakah yang salah sebab jalan tak tengok depan habis terlanggar awak, tumpah.."

"Sshhhh. Bisinglah! Aku cakap aku belanja, Aku belanjalah. Hisy! Lembap. Cepat sikit!"

Terkejut dan serta merta drumstick ayam goreng diletak dalam pinggan kemudian sayur bayam pula. Semua kelam-kabut. Kemudian beratur di belakang 'bos'.

Selesai membayar makanan dan minuman, langkah diatur lagi membontoti si 'bos' yg sangat arrogant nak mampus. Sabo je lah. Syukurlah sebab dia yang belanja. Kalau aku yang belanja? Duit dah la RM5 saja dalam poket tu.

"Hensem sangatkah aku ni sampai kau tak berani nak duduk? Takut tak setanding dengan kau ke kalau duduk semeja?"

"Err..Sorry." Poyo habis mamat ni. Aku bagi cili mulut tu baru tau. Biar bibir tu bengkak kalah Angelina Jolie.

"Hah. Tadah tangan cepat!"

"Kenapa?" Kalut. Si jantung hati masih memerhati.

"Alahai minah ni. Nak baca doa makanlah. Takkan nak suruh mintak sambut air hujan kot." Lasernya mulut.

Selesai berdoa, makanan terus disuap. Masing-masing sibuk makan.
Sepi. Hanya suara kucing mengiau di bawah meja kedengaran.

"Kenapa sorang-sorang?"

"Ha? Err roomate busy."

"Kawan lain?" Macam polis.

"Ada. Busy kot."

"Lain kali kalau tak biasa jalan sesorang, jangan carik penyakit jalan sesorang. Paham?" Bagi arahan memang macam bos. Kau ingat kau 'bos' aku? Sabar.

"Paham tak?"

"Ya ya paham." Kerana terpaksa, aku iyakan.


***


"Mat, kejap aku nak beli 7up kat koperasi."

"Bah." Orang Sabah.

Keluar dari koperasi, serta-merta langkah terhenti. Melihat si pujaan hati duduk makan  berdua dengan lelaki lain.

"Oi, dah? Cepat sikit, jum p makan."

"K. Jom." Seiring menuju ke ruang makan kafe.

Mata tak lepas dari memerhati si pujaan hati. Mencari kepastian siapakah lelaki jahanam yang sukahati duduk makan dengan pujaan hati. 'Eh. Roomate aku.'

"Feez! Wah! Sejak bila makan dengan awek?"

"Woi Ben. Baru habis kelas? Ni sejak harini lah awek ni kena makan dengan aku. Kan?!" Pijak kaki. makin kotor stoking kuning.

"Err..ya ya.." Terpaksa lagi.


"Ok la aku taknak kacau daun." Melangkah dengan terpaksa. Dalam hati rasa nak tarik si pujaan hati dibawa lari ke hujung dunia. nak mampuskah apa.



***


Si jantung hati berdiri. Beg digalas. Kerusi dijauhkan. Mata bertaut lagi.
Lama.
Jantung...laju...


"Woi bila nak habis makan kalau asyik termenung?"

"Ha? Mana ada. Nak habislah ni."

Si jantung hati berlalu meninggalkan kafe dengan 1001 rasa di jiwa.


"Dah habis." Pinggan berisi tulang ayam disorong ke tepi.

"Aku belum buta."

Jeling.

"Wah, marah?"

"Kenapa cakap kat ben start harini saya mesti makan dengan awak?"

"Denda."

"Sampai bila?"

"1 bulan."

"Awak gila? Nanti orang cakap kita ni bercinta pulak."

"Kalau tak kau kena bayar ganti rugi dan malu aku sebanyak rm5 setiap hari selama sebulan."

Ini sudah melampau. Agak-agaklah 5 ringgit. Ingat aku cop duit ke apa.

"Deal?"

"Kurangkan tempoh denda, boleh?"

"3 minggu."

"Taknak."

"20 hari."

"Tak boleh." Muncungkan mulut. Ada rajuk di situ.

"Haha."

"Kenapa gelak?"

"Kau comellah Isya."

Isya? Eeee. Geli mak. Tak pernah stranger panggil aku isya. Kau tak layak. Family aku je layak.

"Macam udang." Gelak lagi.

"What? Apa yang macam udang?"

"Muka kaulah."

"Sampai hati awak cakap muka saya comel macam udang." Jeling.

"Hahahahahahaha." Rasa sesuatu dalam hati. Bahagia. Bahagia mengusik si genit idaman hati di depan mata.

"Saya nak 3 hari je awak denda saya." Sambil betulkan tudung. Tiup sikit. Comel.

"Mana boleh. Kalau boleh, selamanya." Bak hang mamat poyo lidah bermadu. Pengayat nombor satu. Tidak. Tidak. Aku takkan cairlah weh!

"1 minggu. Pleaaasssssse.." Terpaksa merayu. Buat muka comel ala emma maembong.


"Ok, ok. Seminggu. Tapi.."

"Alaa. Banyak tapi tapi tapi.."

"Kau kena makan dengan aku setiap kali aku bawak kau turun makan. Kecuali kau ada kelas, or apa-apa hal yg berkaitan jumpa lect."

"Kalau saya outing g shopping?

"Balik segera dalam tempoh 1 jam. Jumpa kat sini. Makan dengan saya. Kalau lambat, tempoh denda bertambah dan saya akan buat report kat wadern disiplin yang awak ada buat salah."

"Salah apa?"

"Wait and see. Even kau tak buat, tapi aku akan buat kau ngaku kau buat." Main ugut-ugut pulak mamat poyo ni.

"Ok fine. Fine. Ada apa-apa lagi ke putra raja? Saya nak balik bilik. Kesian roomate saya dah kebulur kot tunggu makanan."

"Nombor telefon kau bagi aku cepat."

Amboi. Berlagak macam bos. Aku bagi makan tulang ayam tu padan muka!

"Cepat!"

"0172236556"


Nombor ditekan lalu didail.

"kau tak bawa handphone?"

"Tak. Tinggal kat bilik."

"Lain kali bawak. Any emergency payah kau nak tau kalau takde phone."

"Yelah, yelah. Ada lagi?" Malas layan.

"Nope."

"K. 'Thanks' for the lunch." Berlalu pergi dengan perasaan sebal dan belikan roomate kesayangan makanan.


Melangkah laju pulang ke bilik.

setiap gerak-geri diperhati oleh 2 pasang mata milik Hafeez Adwa dan Hasrulmubin. 






**tamat episod 1**

No comments:

Post a Comment